Thursday, December 8, 2011

Hidup : Kata Orang atau Fikiran Sendiri

Salam sejahtera buat semua yang singgah di blog yang tak seberapa ini. 
Aku sering tertanya-tanya sejak dahulu lagi. Sejak kecil mesti ibu selalu pesan...
"Perangai tu elok2, jangan buat tak tentu, nanti orang tak kata siapa nama budak yang buat hal tu. Orang akan ckp : Tu anak siapa tu?"


Aku tak tahu lah samada kisah ni turut dihadapi oleh sebilangan insan yang lain, tapi benda ni selalu sangat aku dengar sejak dulu. Benda ni buat aku terfikir tentang 2 benda yang utama.

Pertamanya : Memang dh jadi resam atau amalan hidup masyarakat Melayu ke untuk memperkatakan tentang hal ehwal orang lain? Ok, aku faham kalau ada masyarakat yang prihatin bila tengok anak2 Melayu makin songsang perangainya. Kalau buat benda yang tak baik atau berperangai tak semenggah tu, memang sangat2 perlu untuk ditegah. Highlight : DITEGAH. Kritikan bukanlah satu tiket atau kesempatan untuk seseorang itu mencaci/memaki/menghina atau mengumpat tentang perbuatan seseorang itu. Tak kira samada individu itu adalah seorang kanak-kanak kecil yang tak tahu apa2, atau seorang ramaja yang sedang mencari arah tuju hidupnya, atau seorang dewasa yang terkadang alpa dengan keutamaan hidupnya. Hal ni adalah sesuatu yang perlu apabila seseorang itu berbuat satu kesalahan/perkara yang kurang berfaedah. 

Tapi, katakanlah pulak, kalau seseorang tu hanya menjalankan kerja sehariannya tanpa rasa nk amik tahu hal orang lain langsung. Yang ada difikirannya adalah dia dan kerjanya sahaja. Dan dia bertekad untuk terus berusaha memberikan yang terbaik dalam pekerjaan/aktiviti yang dilakukannya seharian. Tapi masih jugak terdengar sosek2 orang cerita yg bukan2 tentang hal dirinya. Bukannya dia nak tunjuk baik atau berlagak macam dia sorang je ada kerja. Tapi yang peliknya dah macam jadi kebiasaan jugak dalam masyarakat kita ni untuk bercakap jugak tentang orang yang sebegini. Tak tercapai gak akalku yang masih mentah ni....
Oh tu belum lagi masuk bab so-called para alim ulama' yang cakap bab agama, tapi cara tegur, masyaAllah! Kemain 'cantik' bahasa yg dorg guna.... 

Hal keduanya pulak ialah....
Sejak dari dahulu jugak aku fikirkan, kenapa bila seseorang tu buat salah, mesti nk kena libatkan atau orang nak perkatakan tentang keluarga? Nanti terdengar lah andaian2...
"Mak bapak tak ajar lah tu..."
"Biasalah, si polan tu bukan reti jaga anak..."
.... and the list goes on.....

Ha, yang ni satu hal gak aku tak faham ya amat!
Pada pendapat aku sendiri, setiap seorang dari kita sebagai insan ni TAKKAN PERNAH lepas daripada membuat kesilapan. Tersalah langkah dalam meniti arus kehidupan, dalam mentafsirkan yang mana terbaik untuk diri yang mana pula sebagai gula2 yang manisnya hanya sementara sahaja.....

Adat hidup, ada masa kita betul, ada masa kita salah. Normal lah tu. Tapi bila salah silap yang dilakukan tu dikaitkan pulak dengan ibu bapa, adalah amat tidak manis dan tak berapa nak logik ok!
Kalaulah yang buat perangai tu adalah budak2 yang belum abes sekolah, (dalam konteks ni, smpai umur 17 tahun), memang aku tak nafikan, boleh lah jugak ditelunjukkan kepada ibu bapanya sebab masih dibawah tanggungan ibu bapa. 
Tapi kalau yang buat perangai tu adalah seroang yg berumur 18 tahun ke atas and still masyarakat nk put the blame on parent, adalah tak boleh diterima. Sebab bagi aku at that age, that person should take all the blame on them. Aku pernah berada dalam situasi dimana seorang mak cik ni, tak abis2 nk salahkan mak ayah this person, even his age dah 23 this year!
Oh come on, life is about choosing things that u want and live with it along the way. So, itu pilihan dia, dia dah boleh fikir baik buruk untuk dirinya sendiri. Blame him pls!

There's a quote says : Life is simple, it just not easy.

Sangat betul kan? Hidup ni simple je, drpd baby yang comel, membesar jadi kanak2 yang double comel, then terus membesar jd hansdome guy n beautiful girls, terus jadi dewasa yang macho n gorgeous, akhirnya tua yang still stylo dan akhirnya, innalillah......

Tapi along the way mmg banyak sangat2 konflik yang akan timbul. Dan masa nilah untuk tgk, samada u live ur own life or u live for the sake of other people, when u only keep on listen to other peoples, about a thousand list of the Do's and the Don'ts. I would say : Make ur own choice. 

Dalam hidup ni, terlalu nak ikut kata hati sendiri tak boleh. Mati kita nanti. Sebab kata hati ni, banyaknya ikut sedap dia je. Ikut suka dia je. Tak fikir perasaan orang lain...
Tapi kalau hidup asyik nak dengar kata orang lain je, lagi double payah. Ada bape juta umat manusia kt bumi Allah ni, semua ada pandangan berbeza. Mau tak gerak kerja kalau asyik nk ikut pandangan orang je. Dan bukan semua orang kita boleh puaskan hatinya. 
Orang ni rasa hepi, orang tu terasa hati.....
Orang tu gembira, orang ni pulak yang tarik muncung...


Jadinya, imbangkanlah hidup kita ni dengan segala elemen yang diri kita sendiri rasa ianya adalah baik untuk kita. Tak semua benda orang lain buat baik utuk dia akan jadi baik jugak untuk kita. Tak semua benda yang orang lain tak mahu buat tu, tak baik untuk kita. That's life.

p/s: kredit kpd Mr Google for d pics!



0 love thought(s):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...